Tugasan BMM3105



Minggu 1 : Apa itu Enjin pencarian?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda. 

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet: 

1) Google.com 


2) MSN.com 



3) Altavista.com 



4) MetaCrawler.com 







Kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.



1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.

2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.

3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.

4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.

5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.




Minggu 2 : Maksud bahan-bahan audio, video, grafik dan animasi ialah :


1.Audio-

Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan untuk suara atau untuk muzik.

2.Video .

ialah teknologi memprosess isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang saintifik, pengeluaran dan keamanan.


3.
 Grafik 

(berasal dari perkataan Greek γραφικός) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.


4. 
Animasi

 ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.


Mengumpul bahan daripada internet berdasarkan kemahiran bahasa ;
                      
 a) Kemahiran mendengar

 Kemahiran Mendengar: satu proses yang melibatkan dua kemahiran:

a. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama,

 cth:
b – p (badang – padang)
d – t (datang – tatang)
l – r (lali – lari)
k – g (kalah – galah)

b. memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman berikut:

i. Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa digunakan.
ii. Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
iii. Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

Mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu:

i. Membuat jangkaan: -
Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan dalam fikiran terhadap apa yang kita dengar seterusnya.
Contoh: apabila kita mendengar berita kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini dibuat, kita dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi.

ii. Menentukan tujuan:
Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak berguna.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar

(a) Fizikal – murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

(b) Jantina – terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

(c) Status sosioekonomi – latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

(d) Gangguan bunyi – bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar.

(e) Mental – kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka.


Kemahiran mendengar dalam KBSR

Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.

Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.


Masalah dalam menguasai kemahiran mendengar

(a) Kekeliruan dalam membezakan bunyi
(b) Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
(c) Tidak cekap dalam memproses maklumat
(d) Kelajuan dalam pertuturan
(e) Gaya pertuturan – tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.


Pemilihan bahan dalam kemahiran mendengar

(a) Alat elektronik – radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya.

(b) Bahan rangsangan – bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya:

Bahan bentuk prosa:

Cerita, kuiz
Pesanan, temu ramah
Peraturan, syarahan
Iklan, laporan
Pengumuman, perbahasan
Perbualan/dialog, taklimat
Berita, wawancara
Ucapan, mesyuarat
Perbincangan, kempen
Surat, drama


Bahan bentuk puisi:

Pantun, syair
Sajak, nyanyian
Bahasa berirama


Bahan bentuk grafik:

Pelan, rajah
Jadual, peta
Borang, graf
Gambar foto, carta
Gambar rajah


Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.


Aktiviti mendengar
Ada 2 peringkat:

i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. 

Contoh:
a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi:

ladang - padang
pantai - pandai
lali - lari
galah - kalah

b. latih tubi pemintal lidah:
Pandang pandan depan padang.
Letak tulang atas dulang
Berat beras dua belas kilo
Dari darah dari nanah yang punah di tanah

c. memadankan perkataan dengan gambar:
Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai.
A = buku
B = kuku
C = duku


ii. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas.

Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:

(a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.

(b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama.
(c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas:

a. Melakukan pergerakan mengikut arahan:
”Duduk”
”Tututp pintu”
”Berdiri tegak, rapatkan kaki.”
”Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan”
”Pusing kiri”
”Pusing kanan”

b. Menandakan butiran yang berkaitan.
Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Contoh:

Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut.
”Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng.”

Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan.

Makanan; Minuman 

Pulut panggang; Kopi
Mi rebus; Teh
Bihun goreng; Nescafe
Kek; Milo
Karipap; Air sejuk
Nasi lemak; Sirap

c. Menandakan betul atau salah.

Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.

d. Menyusun gambar.

Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.

e. Mendengar dan memilih gambar.

Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar.

f. Melukis bahan berbentuk gragik.

Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:

Guru bercerita:
”Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul.”

Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.

g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan.

Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar.

Contoh:
Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan.

h. Mengisi jadual.

Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan.

i. Teka siapa saya.

Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.

Contoh:
”Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?”


2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama.
Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.
Contoh aktiviti:

i. Menjawab soalan kefahaman.

Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada ”Hari Guru”. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.

ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan.

Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.


3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali.

Contoh aktiviti:

i. Mengkategorikan fakta.

Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.

ii. Menilai perwatakan.
Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur.

iii. Mendengar untuk mencantum maklumat.
Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:

(a) Peringkat pramendengar
(b) Peringkat semasa mendengar
(c) Peringkat selepas mendengar

(a) Peringkat pramendengar

• Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.

• Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.
• Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
• Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti.

(b) Peringkat semasa mendengar
• Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
• Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan.

(c) Aktiviti sesudah mendengar

• Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
• Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
• Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
• Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur.

Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.

Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.


Penilaian Dalam Kemahiran Mendengar

Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar:

(a) Sebutan, tekanan, jeda, intonasi:

Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik.


(b) Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan:

Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh:

dedak - ledak
bagi - baki
keras - kerat, dll


(c) Kefahaman terhadap teks yang didengar:

Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif.


Contoh soalan mengikut aras kognitif:
i. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)
ii. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut. (kefahaman)
iii. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)

(d) Daya memahami dan memproses maklumat:

Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh:


Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas.

Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat.

(e) Kemahiran menentukan isi-isi penting:

kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya.


Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting.


b) Kemahiran bertutur

Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur memerlukan dua proses:
i. Proses mental – pengetahuan bahasa
ii. Proses fizikal – menggunakan organ-organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu:
i. Unsur-unsur prosodi – intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda.
ii. Unsur-unsur paralinguistik – penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda, dsb.


Objektif Kemahiran Bertutur

KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan guru, dengan ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid dapat:

i. Menyebut dengan jelas
ii. Menyampaikan pendapat
iii. Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
iv. Memberikan penerangan / alasan
v. Menunjukkan arah
vi. Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
vii. Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
viii. Bertukar-tukar fikiran / maklumat
ix. Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
x. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila.


Peringkat-peringkat dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

i. Peringkat penerimaan mendengar dan memahami
Iaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Pada peringkat ini murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung daripada guru atau rakaman.

ii. Peringkat penghasilan semula bertindak balas
Peringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek:
(a) Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s], dsb.
(b) Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti ambor, pantai, pulau, saat, baik, air, dsb.
(c) Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian, permintaan, dsb.
(d) Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat, dsb.
(e) Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar, dsb.
(f) Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai.


Fungsi-fungsi pertuturan

i. Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan atau hajat mereka dengan jelas dan tepat.
ii. Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:
- melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
- Berkongsi kegembiraan seseorang
- Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
- Meminta diri
- Meminta maaf dan memberi kemaafan
- Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
- Menyatakan penghargaan dan berterima kasih
- Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
- Menyatakan ketidaksetujuan
- Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercakap

iii. Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat-ayat arahan / permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan, meyakinkan orang lain, dsb.

iv. Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.


v. Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat seperti penggunaan kata, struktur ayat dan aspek morfologi.

vi. Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan bahasa secara kreatif semasa bertutur. Contoh:
- mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul
- menggunakan bahasa berirama
- bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
- bercerita secara kreatif

vii. Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.


Contoh-contoh aktiviti bertutur dalam KBSR
• Mengaitkan aksi dengan pertuturan
• Menjawab soalan-soalan rakan atau guru
• Membina soalan berdasarkan bahan
• Memberi arahan kepada rakan-rakan
• Menerangkan gambar atau bahan grafik
• Berbual melalui telefon
• Bercerita berdasarkan cerita yang telah diketahui atau menceritakan pengalaman sendiri
• Membuat laporan berdasrkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan
• Membina sudut pembelajaran seperti kedai, perpustakaan, pejabat pos, bank, dan kemudahan awam yang lain dan berbual mengenainya secara spontan.
• Permainan komunikatif
• Mengadakan perbahasan, perbincangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan murid mendengar dan kemudian melahirkan pendapat, persetujuan, keraguan atau menambah maklumat.
• Merakamkan perbahasan atau berita untuk perbincangan lanjut
• Main peranan
• Drama. Dll.


Perancangan aktiviti kemahiran bertutur
Perancangan merangkumi 3 peringkat:
i. Peringkat persediaan
ii. Peringkat pelaksanaan
iii. Peringkat susulan dan penilaian


i. Peringkat persediaan

(a) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.
(b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin perlu.
(c) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

ii. Peringkat pelaksanaan aktiviti

(a) Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
(b) Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian.

iii. Peringkat susulan dan penilaian

Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.

Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.


Penggunaan alat / bahan dalam kemahiran bertutur

Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah:

(a) Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnhya:
i. Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan.
ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.
iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

(b) Objek sebenar: objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman.
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video.
iii. Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.

(c) Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb.

(d) Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti:
i. Carta pai – palang; lingkaran; carta organisasi, dsb
ii. Jadual – jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb.
iii. Pelan / peta – arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/

(e) Kad:
i. kad perkataan
ii. kad arahan / kad peranan.

(f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan:
i. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popular
ii. Meneka siapa saya
iii. Kotak beracun
iv. Teka-teki, dsb.

(g) Alat / bahan yang dibeli:
i. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb.
ii. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb.
iii. Komputer.


c) Kemahiran membaca

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

Takrif Membaca

Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses , iaitu :

a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasa

b. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan
Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk menjadi pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca.Walau bagaimanapun, dalam proses membaca ,aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan , jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

Tahap Kemahiran Membaca :

a. Tahap Prabacaan
Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan.

b. Tahap Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah (1) Kaedah Pandang dan sebut; (2) Kaedah Terus; (3) Kaedah Bunyi Kata; dan (4) Kaedah Abjad atau mengeja.

c. Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk:

1. Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca

2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca

KONSEP

Skiming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skiming ini penting kepada pembca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja.

Skiming merupakan proses melihat sepintas lalu ke atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

PROSEDUR

Langkah-langkah skiming:

1. Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk.

2. Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya.

3. Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’.

4. Semasa membaca perengan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya.

5. Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta.

6. Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Dalam proses membuat skimming anda tidak perlu risau dengan beberapa fakta yang dirasakan tercicir, yang penting ialah idea. Jika anda perlukan maklumat terperinci, bolehlah diulang bacaan pada bahagian-bahagian tertentu. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza di antara seorang dengan seorang yang lain.

CONTOH CARA SKIMING

Skiming daripada surat khabar

Cara 1:

1. Baca ayat pertama daripada bahagian yang hendak diskim kerana ayat pertama memberi ringkasan tentang artikel

2. Beri perhatian kepada berbagai-bagai maklumat boleh didapati dalam sesuatu ayat

3. Buat jangkaan dengan persoalan-persoalan seperti :

• apa

• bila

• di mana

• mengapa
Cara 2:

Gunakan jari petunjuk atau pensel dan gerakkan ke arah bawah dalam corak ‘S’ atau ‘Z’

Mata anda mesti perhatikan jari yang bergerak dan baca beberapa perkataan yang terlibat.

Cara 3:

Gerakkan jari anda lurus ke arah bawah kolum sambil mata anda memerhati blok-blok perkataan dan baca.

Skiming artikel daripada majalah

1. Baca tajuk artikel dan para 1 atau 2

2. Tajuk memberi 'klu' kepada isi yang henak disampaikan oleh pengarang

3. Lepas itu, baca ayat pertama daripada setiap perenggan. Biasanya tiap-tiap perenggan memberi contoah atau sokongan terhadap poin pengarang.

4. Akhir sekali, baca perenggan akhir - selalunya mengandungi kesimpulan penulis.

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan untuk menyemak kebolehan membuat skiming.

1. Apakah tajuk artikel ?

2. Apakah idea utama artikel ?

3. Soalan-soalan yang berbentuk salah/betul

4. Apakah cadangan penulis ?

5. Adakah anda bersetuju dengan pengarang ? Mengapa ?


JANGAN BIARKAN MINDA ANDA TERLENA SEWAKTU MEMBACA SKANING

KONSEP

Skaning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.

Skaning bukanlah sesuatu kemahiran yang baru, tetapi tanpa disedari kita telah mengamalkannya setiap hari. Umpamanya, apabila kita hendak mencari nombor telefon daripada buku panduan telefon, atau mencari perkataan daripada kamus, atau mencari tempat daripada peta, atau mencari sesuatu maklumat daripada senarai semak, kita tidak membaca buku atau bahan tersebut. Sebaliknya kita melihat secara sepintas lalu ke atas senarai dan terus mencari maklumat yang diperlukan.

Tujuan skaning untuk menentukan sejauhmana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).

Kecekapan skaning bergantung kepada penumpuan mental.


PROSEDUR

Langkah-langkah untuk skaning:

1. Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.

2. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.

3. Untuk mempercepatkan proses skaning, boleh juga digunakan kad putih, atau jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

4. Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

5. Jika anda skan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.


TINGKATKAN KEGIGIHAN ANDA UNTUK MEMBAIKI KEMAHIRAN MEMBACA

BACAAN PANTAS

 KONSEP

Mengikut Dr. Simon Ronald ( Australia ) bacaan pantas merupakan latihan minda yang aktif. Tujuan bacaan pantas melatih mata dan otak membaca dengan tepat setiap ayat atau maklumat dalam satu pergerakan mata. Bacaan pantas memerlukan kecekapan dalam pengecaman perkataan sekali gus menangkap maknanya.

PROSEDUR

Setiap bacaan memerlukan kerjasama erat antara otak dan mata. Mata akan skan ayat sebagai satu unit, manakala otak membaca makna perkataan daripada minda.

Bacaan Intensif

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif

1. Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru.

2. Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.

3. Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

4. Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan

• Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

• Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

• Menilai atau mengulas isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

• Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

• Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai.

• Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

1. membaca tinjauan

2. membaca sekilas

3. membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memperhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca sekilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep Bacaan Ekstensif

1. Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru

2. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok

3. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar

4. Bahan-bahan yang berbeza

Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar :

1. Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.

2. Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari

3. Mendapat pengetahuan sambil berhibur

4. Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya

5. Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif

6. Menambah minat membaca

7. Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik

8. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca

9. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa

10. Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan

11. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa


d) Kemahiran menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada;

 Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan
• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. 
• Menyambung titik
• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
• Latihan membentuk garisan lurus
• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
• Melukis gambar

 Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik   menulis.
• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.
• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
• Latihan menulis huruf dalam suku kata.
• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
• Latihan menamakan gambar-gambar.
• Latihan menyalin frasa atau ayat.
• Latihan menyalin ayat daripada buku.

 Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. 
  
Contoh aktiviti :

KEMAHIRAN MENULIS

• Menulis jawapan pemahaman
• Menulis karangan
• Menulis ayat berdasarkan gambar
• Membina ayat
• Memanjangkan ayat
• Menulis rencana
• Mengisi silang kata
• Melengkapkan ayat. 



Minggu 3 : Maksud dengan garis panduan dan etika penggunaan internet.
-       Maksud garis panduan
    Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.



-       Contoh garis panduan

1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau  menabur perasaan benci.
            2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan      ketegangan serta perlanggaran undang-undang.
3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya


Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Berbantukan Komputer dalam bentuk:
1. Persembahan Power Point
2. Brosur





Minggu 4 : Aspek kesusasteraan yang digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu

Tema
Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.

Persoalan
Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan tersebut.

Bentuk
Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.

Gaya Bahasa




Bahan “Tatabahasa” yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: 
Contoh bahan:

1 Kata Nama   
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan oranghaiwantempatbenda, atau konsep.[1] Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya. Contohnya:


Unsur sebelum
Kata nama
Unsur selepas
sebuah
semua
tiap-tiap
empat orang
dewan
bas
pendapat
pelajar
persidangan
pelancongan
bernas
sekolah menengah
   










2 Kata Kerja
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).


Kata kerja transitif

Rencana utama: Kata kerja transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja tak transitif

Rencana utama: Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Aspek pengimbuhan kata kerja

Seperti dengan kata nama, kata kerja juga melalui proses pengimbuhan kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

Imbuhan kata kerja

Terdapat empat imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:

awalan kata kerja
akhiran kata kerja
apitan kata kerja
sisipan kata kerja
meN-
beR-
teR-
di-
mempeR-
dipeR-
-kan
-i
meN-...-kan
beR-...-kan
beR-...-an
di-...-kan
meN-...-i
di-...-i
mempeR-...-kan
mempeR-...-i
ke-...-an
dipeR-...-kan
dipeR-...-i
tiada

3 Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Isi kandungan

·         1 Jenis jenis kata adjektif
o    1.1 sifat
o    1.2 warna
o    1.3 ukuran
o    1.4 bentuk
o    1.5 waktu
o    1.6 jarak
o    1.7 cara
o    1.9 perasaan
·         2 Pangkat pangkat adjektif

 

 

 

 









Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

sifat

menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baharu (new), baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, tercantik

warna

contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

bentuk

contoh: bujur, lurus,

waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

jarak

contoh: dekat, hampir, jauh

cara

contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

pancaindera

·         rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin,
·         pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
·         dengar:bising, sunyi, senyap
·         bau: busuk, wangi, hangit, hapak
·         sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

perasaan

contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
·         Baju dia cantik.
·         Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
·         Tenaganya sekuat Badang.
·         Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:
·         Cuaca hari ini sangat mendung.
·         Buah rambutan ini terlalu masak.

]Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
·         Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia

4 Kata Tugas

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
1.   Kata adverba
2.   Kata hubung
3.   Kata sendi
4.   Kata seru
5.   Kata bantu
6.   Kata perintah
7.   Kata pangkal ayat
8.   Kata bantu
9.   Kata penguat
10. Kata penegas
11. Kata nafi
12. Kata pemeri
13. Kata pembenar
14. Kata arah
15. Kata bilangan
16. Kata penekan
17. Kata pembenda


5 Ayat

6 Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.


PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
·                     Bahan sastera
·                     Bahan tatabahasa
·                     Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

 


Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rantaian perkataan  yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mepunyai makna digabungkan menjadi suku kata menjadi perkataan.

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

 Jenis-jenis tatabahasa

1.         Kata nama
2.         Kata Hubung
3.         Kata Kerja
4.         Kata Sen i Nama
5.         Kata nama khas



Minggu 5 : Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Terdapat beberapa langkah dalam membina tapak pembelajaran.Contohnya seperti di bawah:



 

 



Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.


I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup 

 


·   Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini. 



Perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan laman web :

PERISIAN LAMAN WEB

       Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi membangunkan sesebuah laman web. Pendekatan yang dipilih bergantung kepada faktor kewangan, keperluan, kemahiran serta penguasaan anda dalam memahami bahasa HTMLPerisian Editor HTML diperlukan bagi tujuan pembangunan dan ianya boleh diperolehi sama ada dengan percuma sehinggalah kepada ribuan ringgit Malaysia. Berikut merupakan di antara perisian Editor HTML yang boleh digunakan:
·         Microsoft FrontPage
·         Macromedia Homesite
·         Netscape Composer
·         Claris Homepage
·         Microsoft visual Interdav
·         Macromedia Dreamweaver
·         Hot Dog Profesional
·         Easy HTML
·         Word Pad atau Notepad
·         Hot Metal Pro

       Perisian-perisian tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza dalam proses membangunkan sesebuah halaman web. Ada yangmemerlukan kemahiran dalam menggunakan bahasa HTML dan ada pula beroperasi seperti mana perisian pemproses perkataan yang biasa. Kadar interaktiviti atau teknologi yang ingin digunakan di dalam sesebuah laman web juga mempengaruhi pemilihan perisian yang perlu digunakan. Terdapat perisian yang membolehkan teknologi dalam pembangunan laman web seperti JavaScript, Java Applets, Active Server Pages (ASP), PHP, JSP, Shockwave, Cascading Style Sheet dan sebagainya diintegrasikan dengan mudah dan begitu juga sebaliknya.Berikutnya dibincangkan beberapa kategori perisian Editor HTML yang boleh digunakan bagi tujuan pembangunan laman web.

Membangunkan laman web pembelajaran :
Perisian editor teks ringkas seperti notepad dan wordpad boleh digunakan dalam pembangunan sesebuah laman web. Namun demikian, anda memerlukan pengetahuan mendalam dalam bahasa HTML sekiranya bercadang untuk menggunakan perisian tersebut bagi tujuan pembangunan laman web. Perisian editor teks ringkas ini walaupun kurang digemari namum menjadi pilihan utama seseorang yang ingin mempunyai kuasa kawalan terhadap kod HTML yang akan digunakan bagi tujuan pembangunan sesebuah laman.



PERISIAN BERASASKAN PEMPROSES PERKATAAN
       Bagi anda yang telah mempunya pengetahuan asas dalam mengendalikan perisian pemproses perkataan seperti Microsoft Word, Word Perfect dan sebagainya, membangunkan sebuah laman web menjadi semudah A, B, C. walaubagaimanapun dalam banyak keadaan, penggunaan perisian sedemikian tidak begitu digalakkan penggunaannya melainkan sekiranya anda benar-benar terdesak. Ini memandangkan terlalu banyak kekangan, kelemahan serta masalah yang akan timbul dalam proses pembangunan mahupun penyebaran laman web tersebut kelak. Ini sering berlaku khususnya apabila keperluan anda dalam menggunakan teknologi dalam pembangunan sesebuah laman web semakin meningkat.


PERISIAN BERASASKAN EDITOR TAG HTML

      Bagi pengguna yang berkemahiran dalam menggunakan kod atau HTML pula,

perisian pembangunan berasaskan editor tag HTML disediakan. Perisian dari kategori ini juga digemari bagi pengguna yang perlu menggunakan teknologi pengaturcaraan atau skrip dalam pembangunan sesebuah laman web secara optima.Perisian dari kategori ini memudahkan pengguna mengintegrasikan skrip seperti Javascript, ASP, PP, JSP, dan sebagainya dengan mudah dan berkesan.Macromedia Homesite dan Microsoft Visual Interdav merupakan antara contoh perisian pembangunan laman web dari kategori ini.

PERISIAN BERASASKAN  PENDEKATAN  WYSIWYG
       Bagi penguna yang baru berkecimpung dalam proses membangunkan laman web, perisian editor berasaskan konsep WYSIWYG (What You See Is What You Get) merupakan pilihan yang terbaik. Perisian dari kategori ini biasanya menggabungkan pendekatan dari perisian editor tag bersama-samam dengan pendekatan dari perisian pemproses perkataan yang biasa. Dalam erti kata lain, ianya menawarkan proses pembangunan yang mudah (seperti mana anda menggunakan perisian pemproses perkataan yang biasa) di samping menyediakan kuasa kawalan kepada tag HTML yang akan dihasilkan secara automatic oleh perisian tersebut.
        Selain dari itu, terdapat juga perisian dari kategori ini yang turut menyediakan kemudahan mengintegrasikan bahasa pengaturcaraan atau bahasa skrip dalam proses pembangunan. Ini menjadikan perisian seperti ini pilihan ramai masa kini. Antara perisian dari kategori ini yang popular ialah Microsoft FrontPage, Macromedia Dreamweaver dan NetObject Fusion.


Microsoft Front Page XP
        Di dalam bahagian ini anda akan didedahkan cara untuk menghasilkan laman web

mengikut tema, reka letak maklumat dan gambar yang anda inginkan tanpa perlu
menggunakan kemudahan Web Site Template, Page Template dan Themes yang
disediakan oleh FrontPage.




MINGGU 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
·   Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:

(i) Struktur hierarki


Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:


(ii) Struktur komposit
·                     Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
·                     Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Kesan kepada murid
·                     Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan
·                     Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
(iii) Struktur linear
· Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
· Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

struktur linear
 

(iv) Struktur Rangkaian
Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:
 




Minggu 7 :   Jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
-       Model Assure
-       Model Addie
-       Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey  
-       Instructional Development Learning System (IDLS)

 (Model Assure)

Pengenalan:

Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.

            Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?
·         Perancangan
·         Pemilihan 
·         Penghasilan
·         Penilaian


Pemilihan Multimedia
Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelaskan oleh Dick & Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.

Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner, Cox, Furman, King, dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan penjelasan terhadap Model ASSURE.

A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
·         Ciri-ciri umum pelajar.
·         Pengetahuan/pengalaman sedia ada.
·         Gaya belajar.

1.      Ciri-ciri umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih dan digunakan.

Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.

2.      Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-
Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.

3.      Gaya pembelajaran pelajar:-
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.
·         Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
·         Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
·         Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
·         Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?

1.      Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” ---“pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat.....”

2.      Bentuk tingkah laku baharu.
“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.

3.      Situasi atau prasyarat perlakuan
Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

4.      Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan
Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif yang baik.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
a.       Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
b.      Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
c.       Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif
Contoh 1: Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk objektif seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta bentuk penilaian.

Contoh 2:

Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.


S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
·         Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
·         Bentuk objektif (the nature of the objectives)
·         Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
·         Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.

Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan
·         Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
·         Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
·         Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
·         Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
·         Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
·         Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?


Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah berikut:

1.      Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
2.      Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
3.      Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media
Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1.      Adakah bahan ini menepati kurikulum?
2.      Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
3.      Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
4.      Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
5.      Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
6.      Adakah bahan ini ada kualiti?
7.      Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
8.      Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
9.      Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.


U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)
Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

1.      Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

2.      Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3.      Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.
Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan
·         Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
·         Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak disampaikan?
·         Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
·         Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
·         Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu ditayang?
·         Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa elektrik?
·         Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4.      Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
      Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5.      Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
      Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.

Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan
·         Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
·         Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?
·         Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer atau member maklum balas?
·         Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
·         Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan apakah cara mengatasinya?
·         Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar?
·         Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?
E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)
Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1.      Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?
2.      Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
3.      Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan?
4.      Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
5.      Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
6.      Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan perancangan lebih baik?
7.      Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.




Rumusan:
Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat satu persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi pemilihan semua jenis media pengajaran.


A
Analyze Learners
·         Ciri-ciri umum
·         Kebolehan awal
·         Gaya pembelajaran
S
State Objectives
·         Matlamat pembelajaran
·         Syarat Pencapaian
·         Tahap pencapaian minimum
S
Select Media, Methods and Materials
·         Pemilihan sumber sedia ada
·         Modifikasi sumber sedia ada
·         Membina sumber baru
U
Utilise
·         Membuat preview
·         Menyediakan persekitaran
·         Menyediakan peluang pembelajaran
R
Require Learner Participation
·         Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P dijalankan supaya pelajar dapat memproses pengetahuan tersebut.
E
Evaluate and Revise
·         Sebelum, semasa & selepas instruksi
·         Penilaian ke atas pelajar & medium
Pada akhir pelajaran, dipaparkan planet-planet di skrin  komputer, murid-murid secara kumpulan boleh mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-nama planet mengikut urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.  
Posted by Tree Builder 




Ø  Model Addie
Model ini lebih bersifat generik iaitu model ADDIE (Analysis-Design-Develop-Implement-Evaluate). ADDIE muncul pada tahun 1990-an yang dikembangkan oleh Reiser dan Mollenda.Salah satu fungsinya ADIDE ialah menjadi pedoman dalam membangun perangkat dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis.
Model ini menggunakan 5 tahap pengembangan:
1. Analysis (analisa)
2. Design (perancangan)
3. Development (pengembangan)
4. Implementation (implementasi/eksekusi)
5. Evaluation (evaluasi/ umpan balik)

Langkah 1: Analisis
Tahap analisis merupakan suatu proses mendefinisikan apa yang akan dipelajari oleh peserta belajar, iaitu melakukan needs assessment (analisis keperluan), mengidentifikasi masalah (keperluan), dan melakukan analisis tugas (task analysis). Oleh itu, output yang akan kita hasilkan adalah berupa karakteristik atau profile calon peserta belajar, identifikasi kesenjangan, identifikasi keperluan dan analisis tugas.

Langkah 2: Design
Tahap ini dikenal juga dengan istilah membuat rancangan (blueprint). Ibarat bangunan, maka sebelum dibangun gambar rancang bangun (blue-print) diatas kertas harus ada terlebih dahulu. Apa yang kita lakukan dalam tahap desain ini? Pertama merumuskan tujuan pembelajaran yang SMAR (spesifik, measurable, applicable, dan realistic). Seterusnya menyusun teks, dimana  teks tersebut harus didasarkan pada tujuan pembelajaran yag telah dirumuskan tadi. Kemudian tentukanlah strategi pembelajaran yang tepat harusnya seperti apa untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam hal ini ada banyak pilihan kombinasi metode dan media yang dapat kita pilih dan tentukan yang paling relevan. Disamping itu, pertimbangkan pula sumber-sumber lain, contohnya sumber belajar yang relevan, lingkungan belajar yang seperti apa seharusnya, dan lain lain. Semua itu tertuang dalam sautu dokumen bernama blue-print yang jelas dan rinci.

Langkah 3: Perkembangan
Perkembangan adalah proses mewujudkan blue-print alias bentuk tadi menjadi kenyataan. maksudnya, jika dalam bentuk diperlukan suatu software berupa multimedia pembelajaran, maka multimedia tersebut harus dikembangkan. Atau diperlukan modul cetak, maka modul tersebut perlu dikembangkan. Begitu pula halnya dengan lingkungan belajar lain yang akan mendukung proses pembelajaran semuanya harus disiapkan dalam tahap ini. Satu langkah penting dalam tahap pengembangan adalah uji coba sebelum diimplementasikan. Tahap uji cuba ini memang merupakan bahagian dari salah satu langkah ADDIE, iaitu evaluasi. Lebih tepatnya evaluasi formatif, karana hasilnya digunakan untuk memperbaiki sistem pembelajaran yang sedang kita kembangkan.

Langkah 4: Implementasi
Implementasi adalah langkah nyata untuk menerapkan system pembelajaran yang sedang kita buat. Maksudnya, pada tahap ini semua yang telah dikembangkan di instal atau diset sedemikian rupa sesuai dengan peran atau fungsinya agar bisa diimplementasikan.
Sebagai contoh, jika memerlukan software tertentu maka software tersebut harus sudah diinstal.

Langkah 5: Evaluasi
Evaluasi adalah proses untuk melihat apakah sistem pembelajaran yang sedang dibangun berhasil, sesuai dengan harapan awal atau tidak. Sebenarnya tahap evaluasi bisa terjadi pada setiap empat tahap di atas. Evaluasi yang terjadi pada setiap empat tahap diatas itu dinamakan evaluasi formatif, karena tujuannya untuk keperluan revisi. Misal, pada tahap rancangan, mungkin kita memerlukan salah satu bentuk evaluasi formatif misalnya review ahli untuk memberikan input terhadap rancangan yang sedang kita buat. Pada tahap pengembangan, mungkin perlu uji cuba dari produk yang kita kembangkan atau mungkin perlu evaluasi kelompok kecil dan lain-lain

Ø  Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey 
Salah satu model desain pembelajaran adalah model Dick and Carey (1985). Model ini termasuk ke dalam model prosedural. Langkah–langkah Desain Pembelajaran menurut Dick and Carey adalah:
a. Mengidentifikasikan tujuan umum pembelajaran.
b. Melaksanakan analisis pembelajaran
c. Mengidentifikasi tingkah laku  dan karekter murid
d. Merumuskan tujuan performansi
e. Mengembangkan butir–butir pembelajaran
f. Mengembangkan strategi pembelajaran
g. Mengembangkan dan memilih materi pembelajaran
h. Membentuk dan melaksanakan evaluasi formatif
i. Merevisi bahan pembelajaran
j. Membentuk dan melaksanakan evaluasi sumatif

Model Dick and Carey terdiri dari 10 langkah. Setiap langkah sangat jelas maksud dan tujuannya sehingga bagi perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk mempelajari model yang lain. Kesepuluh langkah pada model Dick and Carey menunjukan hubungan yang sangat jelas, dan tidak terputus antara langkah yang satu dengan yang lainya. Dengan kata lain, system yang terdapat pada Dick and Carey sangat ringkas, namun isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan berikutnya. Langkah awal pada model Dick and Carey adalah mengidentifikasi tujuan pembelajaran. Langkah ini sangat sesuai dengan kurikulum perguruan tinggi maupun sekolah menengah dan sekolah dasar, khususnya dalam mata pelajaran tertentu di mana tujuan pembelajaran pada kurikulum agar dapat melahirkan suatu rancangan pembangunan.

Penggunaan model Dick and Carey dalam pengembangan suatu mata pelajaran dimaksudkan agar
 (1) pada awal proses pembelajaran murid dapat mengetahui dan mampu melakukan hal–hal yang berkaitan dengan materi pada akhir pembelajaran,
 (2) adanya pertautan antara tiap komponen khususnya strategi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dikehendaki,
 (3) menerangkan langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perancangan model pembelajaran.



RPH MODEL ASSURE


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari                      : kHAMIS
Tarikh                  : 4 September 2012
Masa                    : 60 Minit
Tahun                  : 3 Bijak
Bilangan murid   : 35 orang
Umur                    : 9 Tahun
Tema                    : Alam Haiwan
Tajuk                    : Mari Kenali Haiwan

Hasil Pembelajaran :

Fokus utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
       memahami perkara yang dibaca.
       Aras 3: Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
       Aras 3: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
i)     Membaca teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii)    Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.

Kemahiran Bahasa      : mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Tatabahasa                   : ayat tunggal dan ayat majmuk
Ilmu                                : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni
Nilai Murni                     : menyayangi, bekerjasama,
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir        : Kemahiran menghubungkait,
Kecerdasan Pelbagai    : kinestatik, intrapersonal, naturalis
Kemahiran Belajar           : Menerima maklumat,
Pengetahuan Sedia ada  : Murid dapat menyatakan pengalaman mereka melawat
                                             zoo.
Bahan Bantu Mengajar  : Video “ Rancangan Siti Moon”, Teks dialog “Perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-Kura”, Kostum Arnab dan Kura-Kura, kertas A4, kad perkataan, Power point “Ayat tunggal dan Ayat majmuk”, Lagu “Burung Kakak Tua”, Lembaran Kerja.


   LANGKAH MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit )
i)    Video “Rancangan Siti Moon”
ii)  Contoh soalan:
·      Apakah yang dapat dilihat berdasarkan tayangan tersebut.
i)    Murid diminta melihat tayangan video dan menghayatinya.
ii)  Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video.
Iii  Guru menjelaskan tajuk pengajaran pada hari ini.
1.    KB:
Menghubung kait
2.    BCB:
Menonton dengan aktif
3.    BBM:
Video “Rancangan Siti Moon”.
4. Model ASSURE:
Analys
Langkah 1
( 20 Minit )
i)    Teks dialog bertajuk “Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura”
i)    Guru mengedarkan helaian teks cerita.
ii)  Murid dipilih untuk melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.
iii) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid berkaitan teks.
1.    KB:
Menjana idea
2.    KP:
Kinestatik
Intrapersonal
Naturalis
Nilai:
Menghargai, menyayangi
3.    BBM:
Teks dialog, Kostum
4.  Model ASSURE:
State Objective
Langkah 2
( 15 Minit )
i)    Permainan “Cuba teka siapa saya? ”
·      Kad perkataan:
v  Itik
v  Ayam
v  Arnab
v  Buaya
v  Harimau
v  Zirafah
v  Monyet
v  Lembu
i)    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii)  Kumpulan pertama diminta berada di hadapan kelas dan beratur.
iii)  Ketua kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.
Iv Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.
v)  Permainan diteruskan mengikut kumpulan.
1. Nilai:
Kerjasama
2.  BBM:
3.  Teknik:
Permainan
Kad perkataan
4.  Model ASSURE:
Select Method
Langkah 3
( 15 Minit )



i)    Power point “Ayat tunggal dan Ayat Majmuk ”
ii)  Tatabahasa
·   Ayat tunggal dan ayat majmuk

i)    Guru memberi penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii)  Guru mengedarkan lembaran kerja.
Iii  Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkagambar.
1.    KB:
Menjana idea
Menghubung kait
2. BBM:
Power point
Lembaran kerja
3.  Model ASSURE:
Evaluate
Penutup
( 5 Minit )
i)    Rumusan isi pelajaran
ii)  Penerapan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
·         Menyayangi
·         Bekerjasama

L  Lagu bertajuk “Burung Kakak Tua’
i)    Guru berbincang dengan murid tentang   pelajaran yang dipelajari hari ini.
ii)  Murid juga menyatakan nilai-nilai   murni yang telah dipelajari .
iii)  Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu.
1.  BBM:
Lagu ‘Burung Kakak Tua’

2.  Model ASSURE:
Require

Langkah 1
( 20 Minit )
i)    Teks dialog bertajuk “Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura”
i)    Guru mengedarkan helaian teks cerita.
ii)  Murid dipilih untuk melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.
iii) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid berkaitan teks.
1.    KB:
Menjana idea
2.    KP:
Kinestatik
Intrapersonal
Naturalis
Nilai:
Menghargai, menyayangi
3.    BBM:
Teks dialog, Kostum
4.  Model ASSURE:
State Objective
Langkah 2
( 15 Minit )
i)    Permainan “Cuba teka siapa saya? ”
·      Kad perkataan:
v  Itik
v  Ayam
v  Arnab
v  Buaya
v  Harimau
v  Zirafah
v  Monyet
v  Lembu
i)    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii)  Kumpulan pertama diminta berada di hadapan kelas dan beratur.
iii)  Ketua kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.
Iv Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.
v)  Permainan diteruskan mengikut kumpulan.
1. Nilai:
Kerjasama
2.  BBM:
3.  Teknik:
Permainan
Kad perkataan
4.  Model ASSURE:
Select Method
Langkah 3
( 15 Minit )



i)    Power point “Ayat tunggal dan Ayat Majmuk ”
ii)  Tatabahasa
·   Ayat tunggal dan ayat majmuk

i)    Guru memberi penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii)  Guru mengedarkan lembaran kerja.
Iii  Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkagambar.
1.    KB:
Menjana idea
Menghubung kait
2. BBM:
Power point
Lembaran kerja
3.  Model ASSURE:
Evaluate
Penutup
( 5 Minit )
i)    Rumusan isi pelajaran
ii)  Penerapan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
·         Menyayangi
·         Bekerjasama

L  Lagu bertajuk “Burung Kakak Tua’
i)    Guru berbincang dengan murid tentang   pelajaran yang dipelajari hari ini.
ii)  Murid juga menyatakan nilai-nilai   murni yang telah dipelajari .
iii)  Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu.
1.  BBM:
Lagu ‘Burung Kakak Tua’

2.  Model ASSURE:
Require



















































































































MODEL PENDEKATAN SISTEM DICK DAN CAREY

Salah satu model desain pembelajaran adalah model Dick and Carey (1985). Model ini termasuk ke dalam model prosedural. Langkah–langkah Desain Pembelajaran menurut Dick and Carey adalah:
a. Mengidentifikasikan tujuan umum pembelajaran.
b. Melaksanakan analisis pembelajaran
c. Mengidentifikasi tingkah laku  dan karekter murid
d. Merumuskan tujuan performansi
e. Mengembangkan butir–butir pembelajaran
f. Mengembangkan strategi pembelajaran
g. Mengembangkan dan memilih materi pembelajaran
h. Membentuk dan melaksanakan evaluasi formatif
i. Merevisi bahan pembelajaran
j. Membentuk dan melaksanakan evaluasi sumatif

Model Dick and Carey terdiri dari 10 langkah. Setiap langkah sangat jelas maksud dan tujuannya sehingga bagi perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk mempelajari model yang lain. Kesepuluh langkah pada model Dick and Carey menunjukan hubungan yang sangat jelas, dan tidak terputus antara langkah yang satu dengan yang lainya. Dengan kata lain, system yang terdapat pada Dick and Carey sangat ringkas, namun isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan berikutnya. Langkah awal pada model Dick and Carey adalah mengidentifikasi tujuan pembelajaran. Langkah ini sangat sesuai dengan kurikulum perguruan tinggi maupun sekolah menengah dan sekolah dasar, khususnya dalam mata pelajaran tertentu di mana tujuan pembelajaran pada kurikulum agar dapat melahirkan suatu rancangan pembangunan.

Penggunaan model Dick and Carey dalam pengembangan suatu mata pelajaran dimaksudkan agar:
 (1) Pada awal proses pembelajaran murid dapat mengetahui dan mampu melakukan hal–hal yang berkaitan dengan materi pada akhir pembelajaran,
 (2)  Adanya pertautan antara tiap komponen khususnya strategi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dikehendaki,
 (3) Menerangkan langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perancangan model pembelajaran.



Minggu 9 : Maksud  dengan mengedit bahan Pengajaran Bahasa Melayu Atas  Talian (Online)


DEFINISI MENGEDIT BAHAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
 ii. Google docs https://docs.google.com/#home
 iii. 280 slideshow http://280slides.com/editor/

Prinsip pengeditan bahan atas talian

·         Internet mempunyai berjuta-juta jenis perisian yang boleh digunakan untuk mengedit bahan seperti mengedit gambar, teks, video, Power Point dan lain-lain lagi.
 



Prosedur pengeditan
              i.   Mengetahui URL perisian pengeditan
  • Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan .
 ii. Mendaftar terlebih dahulu
  • Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
iii. Memilih bahan yang sesuai
  • Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas             
    talian
iv Mengedit bahan atas talian
  • Memulakan pengeditan bahan atas talian


·    1.    Mengedit brosur

PROSES PENGEDITAN MENGGUNAKAN
www.mybrochuremaker.com
 



 
 
 

 
 


      2.  Prinsip Mengedit

 












No comments:

Post a Comment