Terdapat beberapa langkah dalam
membina tapak pembelajaran.Contohnya seperti di bawah:
Prosedur
pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai
halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna
internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang
menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.
I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup
· Bagi pembinaan laman web tapak
pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan
yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu,
terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran
ini.
Perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan laman web :
PERISIAN
LAMAN WEB
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi membangunkan sesebuah laman web. Pendekatan yang dipilih bergantung kepada faktor kewangan, keperluan, kemahiran serta penguasaan anda dalam memahami bahasa HTML. Perisian Editor HTML diperlukan bagi tujuan pembangunan dan ianya boleh diperolehi sama ada dengan percuma sehinggalah kepada ribuan ringgit Malaysia. Berikut merupakan di antara perisian Editor HTML yang boleh digunakan:

·
Microsoft
FrontPage
·
Macromedia
Homesite
·
Netscape
Composer
·
Claris
Homepage
·
Microsoft
visual Interdav
·
Macromedia
Dreamweaver
·
Hot
Dog Profesional
·
Easy
HTML
·
Word
Pad atau Notepad
·
Hot
Metal Pro
Perisian-perisian tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza dalam proses membangunkan sesebuah halaman web. Ada yangmemerlukan kemahiran dalam menggunakan bahasa HTML dan ada pula beroperasi seperti mana perisian pemproses perkataan yang biasa. Kadar interaktiviti atau teknologi yang ingin digunakan di dalam sesebuah laman web juga mempengaruhi pemilihan perisian yang perlu digunakan. Terdapat perisian yang membolehkan teknologi dalam pembangunan laman web seperti JavaScript, Java Applets, Active Server Pages (ASP), PHP, JSP, Shockwave, Cascading Style Sheet dan sebagainya diintegrasikan dengan mudah dan begitu juga sebaliknya.Berikutnya dibincangkan beberapa kategori perisian Editor HTML yang boleh digunakan bagi tujuan pembangunan laman web.
Membangunkan laman web pembelajaran :
Perisian editor teks ringkas seperti notepad dan wordpad boleh digunakan dalam pembangunan sesebuah laman web. Namun demikian, anda memerlukan pengetahuan
mendalam dalam bahasa HTML sekiranya bercadang untuk menggunakan perisian
tersebut bagi tujuan pembangunan laman web. Perisian editor teks ringkas ini
walaupun kurang digemari namum menjadi pilihan utama seseorang yang ingin
mempunyai kuasa kawalan terhadap kod HTML yang akan digunakan bagi tujuan
pembangunan sesebuah laman.
PERISIAN
BERASASKAN PEMPROSES PERKATAAN
Bagi anda yang telah mempunya pengetahuan asas dalam mengendalikan perisian pemproses perkataan seperti Microsoft Word, Word Perfect dan sebagainya, membangunkan sebuah laman web menjadi semudah A, B, C. walaubagaimanapun dalam banyak keadaan, penggunaan perisian sedemikian tidak begitu digalakkan penggunaannya melainkan sekiranya anda benar-benar terdesak. Ini memandangkan terlalu banyak kekangan, kelemahan serta masalah yang akan timbul dalam proses pembangunan mahupun penyebaran laman web tersebut kelak. Ini sering berlaku khususnya apabila keperluan anda dalam menggunakan teknologi dalam pembangunan sesebuah laman web semakin meningkat.

BERASASKAN EDITOR TAG HTML
Bagi pengguna yang berkemahiran dalam menggunakan kod atau HTML pula,
perisian pembangunan berasaskan editor tag HTML disediakan. Perisian dari kategori ini juga digemari bagi pengguna yang perlu menggunakan teknologi pengaturcaraan atau skrip dalam pembangunan sesebuah laman web secara optima.Perisian dari kategori ini memudahkan pengguna mengintegrasikan skrip seperti Javascript, ASP, PP, JSP, dan sebagainya dengan mudah dan berkesan.Macromedia Homesite dan Microsoft Visual Interdav merupakan antara contoh perisian pembangunan laman web dari kategori ini.

BERASASKAN PENDEKATAN WYSIWYG
Bagi penguna yang baru berkecimpung dalam proses membangunkan laman web,
perisian editor berasaskan konsep WYSIWYG (What You See Is What You Get)
merupakan pilihan yang terbaik. Perisian dari kategori ini biasanya
menggabungkan pendekatan dari perisian editor tag bersama-samam dengan pendekatan
dari perisian pemproses perkataan yang biasa. Dalam erti kata lain, ianya
menawarkan proses pembangunan yang mudah (seperti mana anda menggunakan
perisian pemproses perkataan yang biasa) di samping menyediakan kuasa kawalan
kepada tag HTML yang akan dihasilkan secara automatic oleh perisian tersebut.
Selain dari itu, terdapat juga perisian dari kategori ini yang turut menyediakan kemudahan mengintegrasikan bahasa pengaturcaraan atau bahasa skrip dalam proses pembangunan. Ini menjadikan perisian seperti ini pilihan ramai masa kini. Antara perisian dari kategori ini yang popular ialah Microsoft FrontPage, Macromedia Dreamweaver dan NetObject Fusion.

Front Page XP
Di dalam bahagian ini anda akan didedahkan cara untuk menghasilkan laman web
mengikut tema, reka letak maklumat dan gambar yang anda inginkan tanpa perlu
menggunakan kemudahan Web Site Template, Page Template dan Themes yang
disediakan oleh FrontPage.

No comments:
Post a Comment