PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan
komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan
komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa
Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran
Kemahiran Bahasa.
Menentukan prinsip pembinaan bahan
video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip
penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau
teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan
animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Membina
Bahan Video Dan Audio
Terdapat
pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video.
Antaranya ialah:
AUDIO
- Audio
atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer
mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan Elemen Audio
- Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi
membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran
kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan
menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa
yang ingin dipersembahkan
- Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
- Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
- Dibina untuk memperkenalkan
produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan
pembesar suara.
- Boleh digunakan sekali sekala
dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan.
Kebiasaanya
format file yang digunakan adalah seperti:
- AIFF dan AIF/ (Audio
Interchange File Format)
format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh,
IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
- MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Merupakan
satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz
1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai
kualiti CD asal.
- MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan
menyimpan audio dari jenis MIDI.
- SND/Sound
Format
fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio
yang bersaiz sehingga 8 bit.
- WAVE/ WAV
Format
fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows.
Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
- SUN AUDIO/ AU
Boleh
digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun
Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
- MPEG (Moving Picture Experts Group)
Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan
penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama
dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard
bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh
dunia.
Format
file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2
Penggunaan muzik/audio
boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Muzik latar belakang
- Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu
persembahan
- Menceriakan persekitaran
2. Kesan bunyi
- Mewakili sesuatu bunyi
- Memastikan pelajar peka terhadap
persembahan multimedia yang guru lakukan
- Contohnya, bunyi ‘ding’ atau
‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan
3.
Narasi (penceritaan)
Tidak banyak
digunakan dalam sesuatu persembahan .
MEMBINA BAHAN AUDIO
Audio dibina
menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio ini hanya
memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod
tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian
bahan dilakukan nanti.
MEMBINA BAHAN VIDEO
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
No comments:
Post a Comment