Minggu 7 : Jenis-jenis
model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer.
-
Model Assure
-
Model Addie
- Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey
- Instructional
Development Learning System (IDLS)
(Model Assure)
Pengenalan:
Media pengajaran
dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan
dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih.
Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada
penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983),
mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan
pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian
pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran
lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang
melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.
Huraian
di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan
atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya.
Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi
pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada
pelajar-pelajarnya.
Apakah maksud istilah-istilah
berikut?
· Perancangan
· Pemilihan
· Penghasilan
· Penilaian
Pemilihan Multimedia
Pemilihan media pengajaran mempunyai
hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti
pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelaskan oleh Dick
& Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.
Beberapa model lain yang menyentuh
aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model ASSURE (Heinich &
rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner, Cox, Furman, King,
dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu diberi
perhatian dalam pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan
penjelasan terhadap Model ASSURE.
A – Analisis Pelajar (Analyze
learners)
Menganalisis kumpulan sasaran atau
pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran
pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti keperluan
setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan.
Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar
kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk
mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan
aspek-aspek berikut:
· Ciri-ciri
umum pelajar.
· Pengetahuan/pengalaman
sedia ada.
· Gaya
belajar.
1. Ciri-ciri
umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap
persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi, tempat tinggal,
budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih
dan digunakan.
Pemilihan kaedah, media dan bahan
sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti.
Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah,
bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan
mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian
yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat
dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.
2. Pengetahuan/Pengalaman
sedia ada:-
Pelajar juga perlu dianalisis dari
segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap pengetahuan
sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah
dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan
pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam
hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah
diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah
lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu
menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.
3. Gaya
pembelajaran pelajar:-
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi
berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak
balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu
merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu
menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat
membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya
pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat,
membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar.
Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan
menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.
S – Menyatakan Objektif (State
Objectives)
Pernyataan objektif pretasi
(performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting
dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu
pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari
atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif
juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada
akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan
sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan.
Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah
mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”
Dick & Carey (1985) serta Kemp
(1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang guru dapat
mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan
membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat
sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar
dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan
jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian
pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad,
1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan
objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif
(berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan
kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan
seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.
Mengapakah guru perlu menyatakan
objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif dapat membantu guru
memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat
menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga
akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan.
Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian
terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian
pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif
berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru,
ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.
Terdapat empat aspek dalam menulis
pernyataan objektif.
· Siapakah
yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
· Apakah
yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
· Bagaimanakah
hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
· Apakah
tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?
1. Siapakah
yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
Siapa yang terlibat untuk mencapa
objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus
penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang
dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat
aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea)
ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai”
---“pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat.....”
2. Bentuk
tingkah laku baharu.
“apakah yang hendak dicapai” merujuk
kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar.
Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah
yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah
yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan
tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus,
dan menyelesaikan masalah.
3. Situasi
atau prasyarat perlakuan
Apakah syarat perlakuan?
Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah
tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah
termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan.
Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan
suasana, langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya,
merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.
4. Darjah
tahap pencapaian minimum perlakuan
Apakah tahap pencapaian minimum atau
standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah berlaku perubahan tingkah
laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah
ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan
sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru
menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif
pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya
pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan
tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria
kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam
bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya
tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.
Cuba analisis objektif
pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif yang
baik.
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, pelajar dapat:
a. Menamakan
secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
b. Melabel
nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia
sekurang-kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
c. Menyelesaikan
teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam
kumpulan berempat.
Contoh penulisan objektif
Contoh 1: Diberi faktor-faktor
pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat membuat klasifikasi
faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut jenisnya
dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.
Bagi topik pertanian dalam mata
pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk objektif seperti yang diberi
contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran
kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi
sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau
teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada
guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta
bentuk penilaian.
Contoh 2:
Contoh 2 bertajuk planet-planet
dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi mata pelajaran Sains
Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat menentukan
pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan
multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya
adalah berbantukan komputer.
S-
Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen
ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan
bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
· Ciri-ciri
pelajar (the characteristics of the learners)
· Bentuk
objektif (the nature of the objectives)
· Pendekatan
pengajaran ( the instructional approach)
· Kekangan
situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)
Setiap bahan yang
dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan
bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia
boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar,
pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan
yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.
Dalam situasi
ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar
pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.
Persoalan
· Adakah
aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
· Adakah
bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
· Adakah
segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
· Jika
bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran
tertentu?
· Adakah
maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
· Adakah
aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?
Setiap
perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan
bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan
tersebut merangkumi tiga langkah berikut:
1. Membuat keputusan tentang kaedah yang
paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
2. Memilih format media yang sesuai
dengan kaedah yang dipilih.
3. Memilih, mengubah suai atau mereka
bentuk bahan sumber pembelajaran.
Penentuan
Kaedah
Sekiranya
ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah
yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai,
gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan.
Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman
sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang
hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk
menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang
mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat
belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi,
lakonan dan seumpamanya.
Pemilihan
Format Media
Format media
merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media
termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan
tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah
menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar:
kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk
maklum balas yang akan dihasilkan.
Pemilihan
Bahan Sumber
Bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus
pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan
sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih
bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk
bahan sumber baharu.
Menurut McAlpine
& Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk
memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:
1. Adakah bahan ini menepati kurikulum?
2. Adakah isi sumber ini tepat dan
terkini?
3. Adakah laras bahasanya jelas dan
mudah difahami?
4. Adakah bahan ini menarik dan
memotivasikan?
5. Adakah bahan ini dapat menarik
penglibatan pelajar?
6. Adakah bahan ini ada kualiti?
7. Adakah bukti yang menunjukkan bahan
ini berkesan?
8. Adakah bahan ini bebas daripada iklan
dan kecenderungan memihak?
9. Adakah ada panduan pengguna? Manual
pelajar? Bank ujian?
Memilih bahan
sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-pembelajaran
dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak
sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah
suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian
yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak
relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru
boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan
kreativiti yang tinggi.
U-
Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)
Langkah
seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan
guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber
pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi
memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut
perlu dilakukan oleh guru.
1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber
sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah
mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum
menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan
tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif
pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam
keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya
semasa pengajaran-pembelajaran.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam
kelas.
Setelah
menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya
dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan
dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar.
Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia
dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.
3. Sediakan persekitaran yang sesuai
untuk penggunaan.
Menyediakan
persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar
mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media
dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah
yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam
bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.
Persoalan berikut
membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas,
perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai
dengan bjektif pembelajaran.
Persoalan
· Adakah
media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
· Bagaimanakah
kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak
disampaikan?
· Di
manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar
serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
· Bagaimanakah
anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
· Adakah
pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu
ditayang?
· Adakah
aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik
dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan
dengan kuasa elektrik?
· Di
manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?
4. Sediakan
pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
Menyediakan
pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan
pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel,
pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda
mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran
menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya,
wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta
kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan
untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk
penilaian pembelajaran.
5. Sediakan
pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
Bagi
menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan
teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan
teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa
penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed,
gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada
penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah
diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan
pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai
pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi,
lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan
sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi
lebih berkesan.
R-
Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Sesuatu
pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif
akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua
teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan
teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira
keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk
pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.
Pengalaman rasa
berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja
pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi,
latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti
berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru,
keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.
Pemilihan media
dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri,
video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan
juga aktiviti penyelesaiaan masalah.
Media pengajaran
yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta
mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara
kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran
yang dilaksanakan.
Respons mungkin
bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat
huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang
berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan
multimedia yang dipaparkan melalui computer.
Persoalan berikut
harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.
Persoalan
· Adakah
penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
· Apakah
bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?
· Adakah
pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer
atau member maklum balas?
· Adakah
pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
· Apakah
bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan
apakah cara mengatasinya?
· Apakah
bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat
oleh pelajar?
· Apakah
aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?
E-
Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)
Komponen yang
akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan.
Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan
sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses
pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran
pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani
masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik,
memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini
membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif
pengajaran-pembelajaran.
Penilaian
pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian
formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja
pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya.
Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas tentang
pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan
bahan sumber.
Penilaian
pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui
amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan
pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran
untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi,
guru perlu melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar
terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya.
Soalan-soalan berikut perlu ditanya:
1. Apakah perasaan saya? Seronok? Puas
hati?
2. Adakah objektif tercapai? Objektif
yang bermasalah?
3. Apakah kekuatan perancangan dan
pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan?
4. Apakah kelemahan perancangan dan
pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
5. Apakah punca kekuatan atau kelemahan
tersebut?
6. Apakah yang harus saya lakukan untuk
mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan perancangan lebih baik?
7. Apakah bentuk tindakan susulan
seterusnya?
Penilaian adalah
satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan
bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala
bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi
dinilaikan pada aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk
penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi,
latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang
ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media
yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.
Berdasarkan
penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu
pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada
masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea
untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat
menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang
pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak
tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian
pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah
pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam
perancangan seterusnya.
Rumusan:
Models ASSURE
yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat satu persediaan
dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi pemilihan
semua jenis media pengajaran.
A
|
Analyze Learners
|
· Ciri-ciri umum
· Kebolehan awal
· Gaya pembelajaran
|
S
|
State Objectives
|
· Matlamat pembelajaran
· Syarat Pencapaian
· Tahap pencapaian minimum
|
S
|
Select Media, Methods and Materials
|
· Pemilihan sumber sedia ada
· Modifikasi sumber sedia ada
· Membina sumber baru
|
U
|
Utilise
|
· Membuat preview
· Menyediakan persekitaran
· Menyediakan peluang pembelajaran
|
R
|
Require Learner Participation
|
· Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P dijalankan supaya pelajar dapat memproses pengetahuan tersebut.
|
E
|
Evaluate and Revise
|
· Sebelum, semasa & selepas instruksi
· Penilaian ke atas pelajar & medium
|
Pada akhir pelajaran, dipaparkan
planet-planet di skrin komputer, murid-murid secara kumpulan boleh
mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-nama planet
mengikut urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.
Posted
by Tree Builder
Ø Model Addie
Model ini lebih bersifat generik iaitu
model ADDIE (Analysis-Design-Develop-Implement-Evaluate). ADDIE muncul pada
tahun 1990-an yang dikembangkan oleh Reiser dan Mollenda.Salah satu fungsinya
ADIDE ialah menjadi pedoman dalam membangun perangkat dan infrastruktur program
pelatihan yang efektif, dinamis.
Model ini menggunakan 5 tahap
pengembangan:
1. Analysis (analisa)
2. Design (perancangan)
3. Development (pengembangan)
4. Implementation (implementasi/eksekusi)
5. Evaluation (evaluasi/ umpan balik)
Langkah 1: Analisis
Tahap analisis merupakan suatu proses
mendefinisikan apa yang akan dipelajari oleh peserta belajar, iaitu melakukan
needs assessment (analisis keperluan), mengidentifikasi masalah (keperluan),
dan melakukan analisis tugas (task analysis). Oleh itu, output yang akan kita
hasilkan adalah berupa karakteristik atau profile calon peserta belajar,
identifikasi kesenjangan, identifikasi keperluan dan analisis tugas.
Langkah 2: Design
Tahap ini dikenal juga dengan istilah
membuat rancangan (blueprint). Ibarat bangunan, maka sebelum dibangun gambar
rancang bangun (blue-print) diatas kertas harus ada terlebih dahulu. Apa yang
kita lakukan dalam tahap desain ini? Pertama merumuskan tujuan pembelajaran
yang SMAR (spesifik, measurable, applicable, dan realistic). Seterusnya menyusun
teks, dimana teks tersebut harus didasarkan pada tujuan pembelajaran yag
telah dirumuskan tadi. Kemudian tentukanlah strategi pembelajaran yang tepat
harusnya seperti apa untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam hal ini ada banyak
pilihan kombinasi metode dan media yang dapat kita pilih dan tentukan yang
paling relevan. Disamping itu, pertimbangkan pula sumber-sumber lain, contohnya
sumber belajar yang relevan, lingkungan belajar yang seperti apa seharusnya,
dan lain lain. Semua itu tertuang dalam sautu dokumen bernama blue-print yang
jelas dan rinci.
Langkah 3: Perkembangan
Perkembangan adalah proses mewujudkan
blue-print alias bentuk tadi menjadi kenyataan. maksudnya, jika dalam bentuk
diperlukan suatu software berupa multimedia pembelajaran, maka multimedia
tersebut harus dikembangkan. Atau diperlukan modul cetak, maka modul tersebut
perlu dikembangkan. Begitu pula halnya dengan lingkungan belajar lain yang akan
mendukung proses pembelajaran semuanya harus disiapkan dalam tahap ini. Satu
langkah penting dalam tahap pengembangan adalah uji coba sebelum
diimplementasikan. Tahap uji cuba ini memang merupakan bahagian dari salah satu
langkah ADDIE, iaitu evaluasi. Lebih tepatnya evaluasi formatif, karana
hasilnya digunakan untuk memperbaiki sistem pembelajaran yang sedang kita
kembangkan.
Langkah 4: Implementasi
Implementasi adalah langkah nyata
untuk menerapkan system pembelajaran yang sedang kita buat. Maksudnya, pada
tahap ini semua yang telah dikembangkan di instal atau diset sedemikian rupa sesuai dengan
peran atau fungsinya agar bisa diimplementasikan.
Sebagai contoh, jika memerlukan
software tertentu maka software tersebut harus sudah diinstal.
Langkah 5: Evaluasi
Evaluasi adalah proses untuk melihat
apakah sistem pembelajaran yang sedang dibangun berhasil, sesuai dengan harapan
awal atau tidak. Sebenarnya tahap evaluasi bisa terjadi pada setiap empat tahap
di atas. Evaluasi yang terjadi pada setiap empat tahap diatas itu dinamakan
evaluasi formatif, karena tujuannya untuk keperluan revisi. Misal, pada tahap
rancangan, mungkin kita memerlukan salah satu bentuk evaluasi formatif misalnya
review ahli untuk memberikan input terhadap rancangan yang sedang kita buat.
Pada tahap pengembangan, mungkin perlu uji cuba dari produk yang kita
kembangkan atau mungkin perlu evaluasi kelompok kecil dan lain-lain
Ø Model
Pendekatan Sistem Dick dan Carey
Salah satu model desain pembelajaran
adalah model Dick and Carey (1985). Model ini termasuk ke dalam model
prosedural. Langkah–langkah Desain Pembelajaran menurut Dick and Carey adalah:
a. Mengidentifikasikan tujuan umum
pembelajaran.
b. Melaksanakan analisis pembelajaran
c. Mengidentifikasi tingkah laku
dan karekter murid
d. Merumuskan tujuan performansi
e. Mengembangkan butir–butir
pembelajaran
f. Mengembangkan strategi pembelajaran
g. Mengembangkan dan memilih materi
pembelajaran
h. Membentuk dan melaksanakan evaluasi
formatif
i. Merevisi bahan pembelajaran
j. Membentuk dan melaksanakan evaluasi
sumatif
Model Dick and Carey terdiri dari 10
langkah. Setiap langkah sangat jelas maksud dan tujuannya sehingga bagi
perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk mempelajari model yang lain.
Kesepuluh langkah pada model Dick and Carey menunjukan hubungan yang sangat
jelas, dan tidak terputus antara langkah yang satu dengan yang lainya. Dengan
kata lain, system yang terdapat pada Dick and Carey sangat ringkas, namun
isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan berikutnya. Langkah awal pada
model Dick and Carey adalah mengidentifikasi tujuan pembelajaran. Langkah ini
sangat sesuai dengan kurikulum perguruan tinggi maupun sekolah menengah dan
sekolah dasar, khususnya dalam mata pelajaran tertentu di mana tujuan
pembelajaran pada kurikulum agar dapat melahirkan suatu rancangan pembangunan.
Penggunaan model Dick
and Carey dalam pengembangan suatu mata pelajaran dimaksudkan agar
(1) pada awal
proses pembelajaran murid dapat mengetahui dan mampu melakukan hal–hal yang
berkaitan dengan materi pada akhir pembelajaran,
(2) adanya
pertautan antara tiap komponen khususnya strategi pembelajaran dan hasil
pembelajaran yang dikehendaki,
(3) menerangkan
langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perancangan model
pembelajaran.
RPH MODEL ASSURE
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Hari
: kHAMIS
Tarikh
: 4 September 2012
Masa
: 60 Minit
Tahun
: 3 Bijak
Bilangan murid : 35 orang
Umur
: 9 Tahun
Tema
: Alam Haiwan
Tajuk
: Mari Kenali Haiwan
Hasil
Pembelajaran :
Fokus
utama :
5.1
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3: Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
Fokus sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan,
ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 3: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
i) Membaca
teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan gambar yang diberi.
Kemahiran
Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca,
menulis
Tatabahasa
: ayat tunggal dan ayat majmuk
Ilmu
: Bahasa Melayu, Pendidikan Seni
Nilai
Murni
: menyayangi, bekerjasama,
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran
Berfikir : Kemahiran menghubungkait,
Kecerdasan Pelbagai
: kinestatik, intrapersonal, naturalis
Kemahiran
Belajar : Menerima maklumat,
Pengetahuan Sedia ada : Murid dapat menyatakan pengalaman mereka melawat
zoo.
Bahan Bantu Mengajar : Video “ Rancangan Siti Moon”, Teks dialog “Perlumbaan
antara Sang Arnab dan Sang Kura-Kura”, Kostum Arnab dan Kura-Kura, kertas A4,
kad perkataan, Power point “Ayat tunggal dan Ayat majmuk”, Lagu “Burung Kakak
Tua”, Lembaran Kerja.
LANGKAH MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
( 5 Minit )
|
i) Video “Rancangan
Siti Moon”
ii) Contoh soalan:
· Apakah yang dapat
dilihat berdasarkan tayangan tersebut.
|
i) Murid diminta
melihat tayangan video dan menghayatinya.
ii) Guru bersoal jawab
dengan murid berkaitan video.
Iii Guru menjelaskan
tajuk pengajaran pada hari ini.
|
1. KB:
Menghubung kait
2. BCB:
Menonton dengan aktif
3. BBM:
Video “Rancangan Siti Moon”.
4. Model ASSURE:
Analys
|
Langkah 1
( 20 Minit )
|
i) Teks dialog
bertajuk “Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura”
|
i) Guru mengedarkan
helaian teks cerita.
ii) Murid dipilih untuk
melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.
iii) Guru berbincang dan
bersoal jawab dengan murid berkaitan teks.
|
1. KB:
Menjana idea
2. KP:
Kinestatik
Intrapersonal
Naturalis
Nilai:
Menghargai, menyayangi
3. BBM:
Teks dialog, Kostum
4. Model ASSURE:
State Objective
|
Langkah 2
( 15 Minit )
|
i) Permainan “Cuba
teka siapa saya? ”
· Kad perkataan:
v Itik
v Ayam
v Arnab
v Buaya
v Harimau
v Zirafah
v Monyet
v Lembu
|
i) Murid dibahagikan
kepada 4 kumpulan.
ii) Kumpulan pertama
diminta berada di hadapan kelas dan beratur.
iii) Ketua
kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.
Iv Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar
tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.
v) Permainan
diteruskan mengikut kumpulan.
|
1. Nilai:
Kerjasama
2. BBM:
3. Teknik:
Permainan
Kad perkataan
4. Model ASSURE:
Select Method
|
Langkah 3
( 15 Minit )
|
i) Power point “Ayat
tunggal dan Ayat Majmuk ”
ii) Tatabahasa
· Ayat tunggal dan ayat majmuk
|
i) Guru memberi
penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii) Guru mengedarkan
lembaran kerja.
Iii Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkagambar.
|
1. KB:
Menjana idea
Menghubung kait
2. BBM:
Power point
Lembaran kerja
3. Model ASSURE:
Evaluate
|
Penutup
( 5 Minit )
|
i) Rumusan isi
pelajaran
ii) Penerapan
nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
· Menyayangi
· Bekerjasama
L Lagu bertajuk “Burung Kakak Tua’
|
i) Guru berbincang
dengan murid tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.
ii) Murid juga
menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari .
iii) Murid dan
guru sama-sama menyanyikan lagu.
|
1. BBM:
Lagu ‘Burung Kakak Tua’
2. Model ASSURE:
Require
|
Langkah 1
( 20 Minit )
|
i) Teks dialog
bertajuk “Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura”
|
i) Guru mengedarkan
helaian teks cerita.
ii) Murid dipilih untuk
melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.
iii) Guru berbincang dan
bersoal jawab dengan murid berkaitan teks.
|
1. KB:
Menjana idea
2. KP:
Kinestatik
Intrapersonal
Naturalis
Nilai:
Menghargai, menyayangi
3. BBM:
Teks dialog, Kostum
4. Model ASSURE:
State Objective
|
Langkah 2
( 15 Minit )
|
i) Permainan “Cuba
teka siapa saya? ”
· Kad perkataan:
v Itik
v Ayam
v Arnab
v Buaya
v Harimau
v Zirafah
v Monyet
v Lembu
|
i) Murid dibahagikan
kepada 4 kumpulan.
ii) Kumpulan pertama
diminta berada di hadapan kelas dan beratur.
iii) Ketua
kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.
Iv Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar
tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.
v) Permainan
diteruskan mengikut kumpulan.
|
1. Nilai:
Kerjasama
2. BBM:
3. Teknik:
Permainan
Kad perkataan
4. Model ASSURE:
Select Method
|
Langkah 3
( 15 Minit )
|
i) Power point “Ayat
tunggal dan Ayat Majmuk ”
ii) Tatabahasa
· Ayat tunggal dan ayat majmuk
|
i) Guru memberi
penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii) Guru mengedarkan
lembaran kerja.
Iii Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkagambar.
|
1. KB:
Menjana idea
Menghubung kait
2. BBM:
Power point
Lembaran kerja
3. Model ASSURE:
Evaluate
|
Penutup
( 5 Minit )
|
i) Rumusan isi
pelajaran
ii) Penerapan
nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
· Menyayangi
· Bekerjasama
L Lagu bertajuk “Burung Kakak Tua’
|
i) Guru berbincang
dengan murid tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.
ii) Murid juga
menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari .
iii) Murid dan
guru sama-sama menyanyikan lagu.
|
1. BBM:
Lagu ‘Burung Kakak Tua’
2. Model ASSURE:
Require
|
MODEL PENDEKATAN SISTEM DICK
DAN CAREY
Salah
satu model desain pembelajaran adalah model Dick and Carey (1985). Model ini
termasuk ke dalam model prosedural. Langkah–langkah Desain Pembelajaran menurut
Dick and Carey adalah:
a.
Mengidentifikasikan tujuan umum pembelajaran.
b.
Melaksanakan analisis pembelajaran
c.
Mengidentifikasi tingkah laku dan karekter murid
d.
Merumuskan tujuan performansi
e.
Mengembangkan butir–butir pembelajaran
f.
Mengembangkan strategi pembelajaran
g.
Mengembangkan dan memilih materi pembelajaran
h.
Membentuk dan melaksanakan evaluasi formatif
i.
Merevisi bahan pembelajaran
j. Membentuk dan melaksanakan evaluasi
sumatif
Model
Dick and Carey terdiri dari 10 langkah. Setiap langkah sangat jelas maksud dan
tujuannya sehingga bagi perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk
mempelajari model yang lain. Kesepuluh langkah pada model Dick and Carey
menunjukan hubungan yang sangat jelas, dan tidak terputus antara langkah yang
satu dengan yang lainya. Dengan kata lain, system yang terdapat pada Dick and
Carey sangat ringkas, namun isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan
berikutnya. Langkah awal pada model Dick and Carey adalah mengidentifikasi
tujuan pembelajaran. Langkah ini sangat sesuai dengan kurikulum perguruan
tinggi maupun sekolah menengah dan sekolah dasar, khususnya dalam mata
pelajaran tertentu di mana tujuan pembelajaran pada kurikulum agar dapat
melahirkan suatu rancangan pembangunan.
Penggunaan
model Dick and Carey dalam pengembangan suatu mata pelajaran dimaksudkan agar:
(1)
Pada awal proses pembelajaran murid dapat mengetahui dan mampu melakukan
hal–hal yang berkaitan dengan materi pada akhir pembelajaran,
(2) Adanya pertautan antara tiap komponen
khususnya strategi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dikehendaki,
(3)
Menerangkan langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perancangan
model pembelajaran.