Minggu 3 : Maksud dengan garis panduan dan etika penggunaan internet.
-
Maksud
garis panduan
Etika
komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer
yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat.
-
Contoh
garis panduan
1. Jangan menyalur
sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah
atau menabur perasaan benci.
2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan
serta perlanggaran undang-undang.
3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat secara keseluruhannya.
4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti
skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang
menyalahi undang-undang.
5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau
organisasi yang lain.
6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang,
kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network
monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya
. Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer dalam bentuk:
1. Persembahan Power Point
2. Brosur
No comments:
Post a Comment