Saturday, 9 March 2013

~Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer~


               Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang
dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran. Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis.
               Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat
bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali
pengajaran dan pembelajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan
kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan anak didik.

No comments:

Post a Comment